HomeGaya HidupJom MakanUsahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

SHAH ALAM: Jika ada yang sudi memberikan pertolongan, pastinya ia memberikan cahaya kegembiraan pada yang memerlukan.

Ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Berita berkaitan: Pontianak viral bawa rezeki berganda

Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia Hanafi

Justeru, usahawan perniagaan kafe, KOKO Latte mahu memberi peluang kepada peniaga kecil memasarkan produk di premisnya.

Kafe berkenaan diusahakan oleh wanita berwajah manis, Rashidah Rashid, yang mahu membantu peniaga kecil meluaskan pasaran produk mereka di ruang niaga yang disediakan.

Pemilik KOKO Latte, Rashidah Rashid

“Kami sediakan ruang promosi di premis dan sangat mengalu-alukan peniaga kecil tempatkan produk mereka di sini.

“Lokasi di sini juga strategik, berdekatan bandar dan tumpuan orang ramai, jadi tidak salah jika ruang yang ada digunakan untuk bantu promosi produk mereka,” katanya ketika ditemui di kafe yang dibangunkan sejak setahun lalu, di sini.

Berita berkaitan: Pontianak viral bawa rezeki berganda

Rashidah dibantu anak lelakinya, 28, Mohammad Merza Mohammad Razef, sebagai Pengurus Operasi KOKO Latte yang terletak di pusat beli belah D’Network di Setia Eco Park, di sini.

Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia Hanafi

 

Kafe berkenaan bertemakan lebih santai, selesa dan sejuk mata memandang premis berhadapan tasik dengan air pancur berirama selain dilayan oleh pekerja kafe berpakaian seragam ala floral.

Menu yang disediakan oleh Cef Ronnie di premisnya juga mampu menambat hati dan lidah pengunjung dengan konsep ala barat selain dibantu Barista Berry.

Berita berkaitan: Pontianak viral bawa rezeki berganda

Berita berkaitan: Pontianak viral bawa rezeki berganda

Yakiniku Yam Rice Bowl , Croffle Butter Kaya, KOKO Beast Beef Burger, Yuzu Lemon, Blueberry Lemonade, Vegan Lemon Cake, Signature KOKO, KOKO Latte, dan TWO Halal Mooncake  antara pilihan utama pengunjung.

Selain itu, pengunjung boleh memesan menu Mushroom Pesto, KOKO Hot Choco with Marshmallows, Seasalt Choco Chip Cookies dan brownies sebagai pelengkap juadah.

Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia Hanafi

Emilia Hanafi bersama pemilik kafe KOKO Latte, Rashidah Rashid membantu mengurus dan memajukan perniagaan di D’Network, Shah Alam

Pengunjung boleh bertemu dengan bekas isteri kepada jutawan syarikat konglomerat negara, Emilia Hanafi yang dilantik untuk bersama mengurus dan memajukan lagi perniagaan KOKO Latte.

Emilia turut menempatkan beberapa jenis produk kerepek jenama Krep and Skut yang diusahakan oleh hasil air tangan sendiri di premis berkenaan.

Antara produk berkenaan, Smokey Banana, Banana Rollz, Spinach Krunch dan, Nutty Notty.

Berita berkaitan: Pontianak viral bawa rezeki berganda

Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor