HomeHiburanFilem animasi Malaysia, Walinong Sari menang di New York

Filem animasi Malaysia, Walinong Sari menang di New York

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Industri filem animasi terus mengharumkan nama negara di luar negara apabila filem animasi pendek, Walinong Sari memenangi kategori Best Soundtrack and Honorable Mention di meraih kemenangan pada New York International Short Film Festival baru-baru ini.

Walinong Sari diarahkan oleh Eugene Foo dan menampilkan Nadia Aqilah sebagai Puteri Gunung Tahan.

Pelakon terkenal lain yang turut menghidupkan watak-watak dalam filem itu ialah Bront Palarae dan Tony Eusoff.

Walinong Sari menceritakan kisah seorang puteri yang juga pahlawan hebat selain menjadi waris kepada kerajaan Inderapura ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.

Puteri Walinong Sari memulakan perjalanan menyusuri Sungai Pahang selepas dijodohkan. Dia kemudian bertemu putera kayangan, Raja Mambang Segara dan bermulalah konflik.

Kemenangan ini tidak berakhir di situ kerana filem animasi hebat ini akan terus mencuba nasib di beberapa festival filem lain termasuk The Los Angeles International Film Festival, the Oniros Film Awards New York, and the New York International Short Film Festival.

Menerusi Walinongsari, Foo dan penulis skrip, Honey Ahmad berjaya menghimpunkan sekumpulan juruanimasi untuk mencipta filem yang diilhamkan melalui wayang kulit.

Author

Pilihan Editor