HomeHiburan‘Percayalah’ dari Winnie mendapat perhatian Harith dan Ajai

‘Percayalah’ dari Winnie mendapat perhatian Harith dan Ajai

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Tular menerusi aplikasi Tiktok sejak semalam selepas video menyanyikan lagu “Percayalah” dari Datuk Seri Siti Nurhaliza, Winnie Albert memukau perhatian banyak pihak termasuk pelawak popular, Harith Iskander dan komposer terkenal, Ajai.

Menerusi hantaran komen oleh Harith, beliau menanyakan soalan bagaimana untuk menghubungi penyanyi Iban Sarawak itu.

 

“Anda layak bergelar bintang… sesiapa yang mengenalinya (Winne) mohon mesej peribadi kepada saya.

“Saya ingin menampilkan beliau dalam persembahan pentas saya akan datang… kawalan suara beliau sangat mengagumkan,” kata Harith.

Sementara Ajai yang menciptakan lagu Percayalah khas untuk penyanyi nombor 1 negara itu akui penghayatan Winnie sangat baik dan tidak keterlaluan diirngi nada suara yang sempurna.

“Apa yang saya katakan semua ini adalah untuk penyanyi ‘cover’ lagu ini… sedap didengar, baik!,” puji Ajai dalam hantaran akaun Facebooknya.

Video berdurasi sekitar 1 minit lebih itu menyaksikan penyanyi iban Sarawak berkenaan kelihatan bersahaja melantun suara di Rumah Asap Tabuan beberapa hari lalu hingga disifatkan ‘telan CD’ oleh para netizen.

Winnie merupakan artis Iban Sarawak yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik Iban sejak awal tahun 2000 serta antara lagu terkenalnya berjuduk Penguji Idup Janda dan Pagar makan Padi.

Author

Pilihan Editor