HomeNiagaUsahawanInai Republic mahu bantu 100,000 usahawan 'merdeka' hutang

Inai Republic mahu bantu 100,000 usahawan ‘merdeka’ hutang

KUALA LUMPUR: Setiap insan mempunyai definisi berbeza menterjemahkan ‘merdeka’ dalam kehidupan mereka.

Ada yang menganggap ‘merdeka’ itu apabila bebas daripada sebarang bentuk penjajahan atau pengaruh yang membelenggu diri.

Bagi pengasas Inai Republic, Syarifah Furaiha, erti merdeka yang sebenarnya adalah mereka yang bebas daripada tekanan, bebanan hutang, dapat membantu diri, keluarga dan masyarakat.

“Ketika ini Inai Republic sudah membantu 15,000 usahawan secara percuma dengan latihan perniagaan percuma, tanpa modal, kebanyakan mereka adalah suri rumah, asnaf, ibu tunggal, banyak hutang, dihimpit kemiskinan, orang kurang upaya.

“Memandangkan krisis ekonomi dan inflasi yang sedang berlaku, misi Inai Republic adalah untuk bebaskan lebih 100,000 usahawan daripada sebarang isu kewangan atau bimbang tiada pekerjaan.

“Ketika ini, lebih 1,000 orang dalam kalangan mereka berjaya mencapai empat hingga lima angka sebulan tanpa perlu pegang stok dan pos barang.

“Tiga orang daripada mereka telah berjaya merdekakan diri daripada hutang dan ubah hidup sehingga jadi jutawan mencapai sejuta jualan pertama.

“Dengan kejayaan ini kami berharap dapat membantu seramai mungkin tanpa mereka perlu bersusah payah untuk mendapat pendapatan sampingan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Inai Republic di sini hari ini.

Turut hadir, suami pengasas, Ustaz Azam Azhary seorang lulusan al-Azhar yang memantau perjalanan produk agar patuh syariah.

 

Tambah Syarifah, perniagaan ini sudah bermula sejak 2019 namun diyakini kerana bahan kandungannya boleh dibawa solat.

“Kami pilih produk ini yang menjadi alternatif kepada pengilap kuku di luar sana tetapi berasaskan sumber yang haram dan tidak boleh dibawa solat.

“Ia 100 peratus telap air dengan kandungan yang lulus ujian klinikal untuk penjagaan kuku.

“Jadi dengan kelebihan ini, kami yakin produk ini tidak akan mengecewakan usahawan yang berkongsi rezeki dengannya.

“Produk Inai Republic ada lima variasi warna dan menyihatkan kuku dengan tambahan bahan kandungan premium seperti minyak zaitun, essential oil dan lavender oil,” katanya.

Author

Pilihan Editor