HomeSukanJDT berpeluang kejutkan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds hari ini

JDT berpeluang kejutkan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds hari ini

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

WALAUPUN kelab Jepun, Urawa Red Diamonds adalah juara dua kali edisi namun kemampuan kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh dipertikai yang berazam untuk melanjutkan perjalanan mereka lebih jauh.

Ketua jurulatih JDT, Héctor Bidoglio, mengakui ia akan menjadi ujian yang sukar untuk pemainnya, tetapi juara Malaysia itu berazam untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.

“Ia akan menjadi aksi yang sukar tetapi kami akan menghadapi perlawanan dan berazam untuk menunjukkan yang terbaik.

“Kami telah menekankan kepada pemain kepentingan permainan, dan keperluan untuk terus fokus dalam padang,” kata Bidoglio, yang mengendalikan JDT hanya tiga minggu lalu.

Bidoglio akui ia bukanlah satu tugas yang sukar untuk menyandang jawatan itu kerana dia mewarisi skuad pemain yang lebih tahu apa yang mereka mahukan.

“Pemain mempunyai mentaliti yang hebat. Mereka tahu keupayaan mereka dan kami boleh menandingi Urawa.

“Urawa adalah pasukan yang sangat baik, yang suka bermain bola pendek dan menekan. Perkara utama adalah untuk memegang bola. Jika kami melakukan ini, ia akan lebih mudah diurus untuk kami,” katanya.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias berkata, para pemain tidak sabar untuk bermain dengan salah satu kelab terkemuka Asia.

“Kami bekerja keras untuk mara ke peringkat ini tetapi kami mahu pergi lebih jauh. Kami tidak sabar untuk menentang Urawa,” kata Farizal.

Berbeza dengan JDT, yang akan memburu satu lagi kejuaraan liga dalam negara, Urawa jauh di luar rentak di liga Jepun dengan pasukan Ricardo Rodriguez hanya berada di tempat ketujuh dalam kedudukan dan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Yokohama F. Marinos.

Johor Darul Ta’zim (MAS) lwn Urawa Red Diamonds (JPN)
Venue : Stadium Saitama 2002 (Saitama)
Permulaan: 7 petang

Author

Pilihan Editor