Oleh: SITI NS
BLACKPINK telah melancarkan single pra-keluaran mereka “Pink Venom” sempena album penuh mereka “BORN PINK,” yang akan dikeluarkan pada bulan September nanti.
Dengan alunan rentak yang bersemangat daripada alat muzik tradisional Korea, “Pink Venom” menyerlahkan kemahiran nyanyian dan rap ahli Blackpink yang berbakat dan mempunyai karisma membara yang menjadi lambang kumpulan gadis-gadis Korea ini.
Rata-rata peminat Blackpink yang digelar Blinks sangat meminati lagu baru mereka dan meluahkan rasa teruja mereka di media sosial.
“Omfg we are freaking out! 😭We definitely got the dose of the pink venom 💕🧪”
“94 million views in 26.5 hours.
My Queens 🙌🏻🖤💗”
“PINK VENOM is the most viewed korean MV in 24hrs in YouTube history. Congrats Blackpink and Blinks!”
Itu adalah antara kata-kata yang dimuat naik di laman Twitter daripada peminat-peminat setia Blackpink.
Akan tetapi ada juga yang memuat naik komen yang kedengaran kurang sedap dan membuat Blinks tidak senang duduk.
“I’m sorry but the song is a mess. The lyrics are so silly (and in some parts so cringe!) , they have used multiple genres and they don’t complement each other, jennie and Lisa are both shouting instead of rapping, repetitive chorus that doesn’t stand out and choreo was extremely boring.”
Mereka cuba mengatakan bahawa lagu baru berjudul Pink Venom satu lagu yang kelam-kabut serta koreograf di dalam video muzik kumpulan tersebut sangat membosankan.
Komen berbaur kritikan terhadap Blackpink itu dianggap hanyalah komen daripada “haters” yang cuba memburukkan nama kumpulan yang mereka puja.
Pink Venom terbukti bukanlah suatu yang membosankan apabila ianya berjaya mencatat 94 juta tontonan hanya dalam masa 26 jam sahaja.
Bagi penulis sendiri, lagu pra-keluaran tersebut mempunyai rentak yang sangat hebat yang membuatkan Blinks tidak henti-henti memainkan video muzik itu sejak semalam.