HomeHiburanBintang bola sepak terkenal, Neymar juga meminati 'Pink Venom'

Bintang bola sepak terkenal, Neymar juga meminati ‘Pink Venom’

Oleh: SITI NS

LEGENDA bola sepak Brazil, Neymar, melalui Twitternya, menunjukkan rasa minatnya kepada single baharu Blackpink “Pink Venom,” yang baru sahaja dikeluarkan semalam.

Neymar menyiarkan pautan video muzik “Pink Venom” dan menandai BLACKPINK di media sosial tersebut serta menulis, “Saya suka #PINKVENOM ini.”

Neymar mungkin nemutuskan untuk memuat naik status tersebut oleh kerana seorang ahli Blackpink, Jennie yang kelihatan memakai jersi kelab bola sepak Manchester United di dalam video musik “Pink Venom”, dan Neymar pula baru menandatangani kontrak dengan Manchester United awal tahun ini.

“Pink Venom” bukan sahaja lagu yang telah mendahului carta muzik di seluruh dunia, malah video muzik itu juga melepasi 90 juta tontonan di YouTube dalam masa 24 jam sahaja, menetapkan rekod baharu untuk video muzik terpantas oleh artis wanita dalam sejarah mencapai kejayaan itu.

Author

Pilihan Editor