HomeHiburanNetizen kecam gimik murahan Aliff Syukri, Baby Shima buat tarian ghairah

Netizen kecam gimik murahan Aliff Syukri, Baby Shima buat tarian ghairah

OLEH: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya tidak serik dengan gimik pemasaran murahan yang hanya bertujuan untuk meraih publisiti dan kandungan di media sosialnya.

Nama Aliff kini muncul lagi menjadi sebutan gara-gara perkongsian sebuah video lagu terbaharunya bersama Baby Shima berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya.

Aksi kedua-dua mereka itu telah membangkitkan kemarahan netizen apabila melakukan aksi tarian ghairah dengan Baby Shima tampil seksi dengan hanya berseluar pendek.

Berita berkaitan: Allah uji saya dengan perangai suami – Isteri Aliff Syukri

Menerusi komen netizen, mereka menganggap Aliff dan Baby Shima seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang memalukan serta menjatuhkan maruah diri masing-masing.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan Baby Shima seolah-olah seperti seorang pelakon lucah manakala Aliff pula telah menutup ruangan komen pada video tersebut.

Pada masa sama, rata-rata netizen berharap supaya kedua-duanya berubah dan bertaubat atas tindakan yang dilakukan mereka itu.

Author

Pilihan Editor