HomeHiburanMesej tidak dibalas, Adi Putra bengang dengan penerbit Mat Kilau

Mesej tidak dibalas, Adi Putra bengang dengan penerbit Mat Kilau

OLEH: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penerbit filem itu Studio Kembara Sdn. Bhd. apabila mesejnya tidak dibalas.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Adi memberitahu dia terpaksa menggunakan sosial media supaya mesej yang mahu disampaikannya itu diterima pihak berkenaan.

“Assalamualaikum, kepada Studio Kembara Sdn Bhd. andai tidak cukup handphone kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

“Akan kerana ini saya manfaatkan di SOCMED agar message saya sampai ke pihak ke Kembara Studio,” tulisnya.

Sementara itu, Adi juga memaklumkan bahawa dia juga tidak akan menyertai Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta.

Filem itu akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini.

Sebelum ditayangkan kepada umum bermula 30 Ogos, Mat Kilau juga akan ditayangkan secara perdana empat hari sebelum tarikh berkenaan.

Filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila merekodkan kutipan tiket berjumlah RM96 juta dalam tempoh 40 hari tayangan bermula 23 Jun lalu.

Selain Adi, ketika ini filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Jalaluddin Hassan itu masih ditayangkan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.

Author

Pilihan Editor