HomeHiburanSiti Nurhaliza sederhana sambut ulang tahun perkahwinan 2022

Siti Nurhaliza sederhana sambut ulang tahun perkahwinan 2022

KUALA LUMPUR: Sedar tak sedar, 2022 adalah tahun genap ke-16 pasangan tumpuan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa melayari bahtera mahligai bersama.

Siti menyambut ulang tahun perkahwinan  tanggal 21 Ogos, kali ini secara bersederhana bersama pasangannya, Khalid yang juga dikenali sebagai Datuk K.

Menerusi Instagram (IG) Siti, beliau bukan sahaja menyerikan hari bahagia dengan menu istimewa hasil air tangannya bertukang di dapur, bahkan turut mengulang siar foto lama hingga terkini pasangan merpati dua sejoli itu.

Siti, 43, berkongsi menu ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas, dan, sambal udang petai di IG Story.

Siti juga turut memuat naik hantaran video transisi daripada foto lama tidak bertudung bersama Datuk K di awal perkahwinan sehingga bersama dua cahaya mata mereka, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa, 2, kini di IGnya.

“Alhamdulillah..#lifeiswonderful #16yearsandcounting #16yearsanniversary,” tulis Siti pada hantaran video berkenaan.

Peminat dan pengikut di IG tidak melepaskan peluang mencurahkan doa dan kegembiraan di ruangan komen hantaran kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Penyanyi Percayalah kepada ahli perniagaan itu dikurniakan Siti Aafiyah, 11 tahun kemudian, diikuti Muhammad Afwa.

Sumber foto: IG CTDK

 

Author

Pilihan Editor