HomeSukanE-sukanTI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura

EMPAT lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan lapan pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC).

Pasukan tersebut adalah Tundra Esports, Team Aster, Beastcoast dan juara dunia edisi lalu, Team Spirit.

Walaupun kecundang di peringkat kumpulan PGL Arlington Major, Tundra Esports masih layak ke kota Singa itu dengan mata DPC terkumpul sebanyak 1,212 mata dan ini bakal jadi pengalaman pertama mereka menyertai kejohanan dunia itu.

Sebagai juara bertahan, Team Spirit dilihat sedikit goyah pada musim ini dan boleh dikatakan ‘sedikit lewat’ untuk layak ke kejohanan tersebut namun mereka masih mengharapkan magis tahun lalu untuk terus kekal bersama mereka.

Selaku pasukan DOTA 2 dari China, Team Aster semestinya sangat teruja dapat keluar daripada kepompong sendiri selepas menyaksikan episod sekatan antarabangsa yang berlaku kepada negara mereka.

Kali ini pasukan yang dipimpin oleh Zhang Zhicheng (LaNm) berazam mahu memadam rekod buruk mereka dalam kejohanan yang sama di Bucharest tahun lalu.

Selepas lapan pasukan yang bertanding diumumkan, empat lagi pasukan bakal bersama mereka untuk mencukupkan kuota 12 jemputan terus ke temasya terbesar DOTA 2 itu.

Sumber: Sentrum.MY

Authors

Pilihan Editor