HomeHiburan8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

Oleh: ARRIAN ZAYNE

SANTUBONG: Kampung Budaya Sarawak dibanjiri 8,000 lautan manusia bagi menyaksikan Alan Walker di kemuncak Borneo Music Festival Live 2022, pada malam terakhir pada Sabtu.

Berita berkaitan: Borneo Music Festival Live 2022 angkat nama Sarawak

Angka itu dipercayai kehadiran para pengunjung hadir untuk merasai dentuman putaran lagu artis antarabangsa yang amat popular dengan single berjudul Faded.

Energi dari Alan Walker yang muncul pada penghujung festival mengegarkan lokasi dengan lebih 10 lagu diputarkan sepanjang satu jam persembahan.

Pancaran lampu serta laser daripada pentas turut membuatkan penonton menjiwai putaran lagu dalam nada EDM (electronic dance music) oleh artis kelahiran Norway itu.

Antara barisan lagu yang dipersembahkan Alan Walker semalam adalah Save Me, Darkside, On My Way, All Falls Down, The Night dan pelbagai lagi lagu hit beliau.

Berita berkaitan: Borneo Music Festival Live 2022 angkat nama Sarawak

Paparan skrin pada layar pentas ‘Alan Walker: Walkerverse The Tour’ membuka tirai aksi beliau menyaksikan Sarawak merupakan salah satu lokasi jelajah persembahannya tahun 2022 ini.

Ketika berada di lokasi semalam, MEDIA VARIASI merasai sendiri persembahan hebat Alan Walker sehinggakan dapat menyaksikan sendiri para pengunjung mulai membanjiri pentas hutan hujan Kampung Budaya Sarawak sejak jam 5 petang lagi.

Menurut jadual jelajahnya, sebelum beraksi di Kampung Budaya Sarawak, Alan Walker telah mengegarkan Sands Expo and Convention Centre Singapore pada 9 September.

Sebelum persembahan luar biasa Alan Walker, DJ Venom C tampil meniup semangat penonton dengan barisan lagu cukup menarik.

Persembahan artis lain seperti Nicole Chen, DJ Alexis Grace, Pricilla Abby, ThomasJack serta At Adau turut memukau pada festival berkenaan.

Berita berkaitan: Borneo Music Festival Live 2022 angkat nama Sarawak

 

Author

Pilihan Editor