HomeGaya HidupSeni & WarisanBengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

KUALA LUMPUR: Bengkung adalah kaedah menjaga dan mengekalkan postur bentuk tubuh badan yang menjadi warisan turun temurun Malaysia sejak dahulu kini popular di China.

Berita berkaitan: Ibu sarat hamil sarung bengkung 24 jam

Demikian komen seorang wanita Kanada yang menetap di Hong Kong menerusi Instagram miliknya Taytay_xx.

Tambahnya, bengkung adalah berbeza daripada ‘waist training’ kerana jika ia terlalu ketat boleh timbulkan masalah lain.

Wanita itu memaklumkan melahirkan bayinya pada 9 Mac lalu turut menunjukkan cara memakai bengkung yang dibeli dari Malaysia.

Berita berkaitan: Ibu sarat hamil sarung bengkung 24 jam

Taytay_xx berpendapat bengkung lebih selamat dipakai berbanding korset kerana korset sangat ketat dan boleh menyebabkan kedudukan tulang dan organ tidak berada di posisi yang betul.

“Fabrik bengkung lebih selesa dan fleksibel dan tidak menyakitkan.

“Saya memakainya enam hingga lapan jam sehari,” tulisnya.

Ia mendapat pelbagai reaksi dari pengikut Instagramnya.

Berita berkaitan: Ibu sarat hamil sarung bengkung 24 jam

Antara komen yang diterima dari birdie_west, dia juga menggunakannya selepas melahirkan bayinya.

Lebih menarik wanita itu mendakwa tidak pernah datang ke Malaysia.

Menurut sejarah, bengkung adalah salah satu pakaian kemuliaan Melayu di mana dahulu kala ia menjadi pakaian wajib khususnya wanita dalam mengekalkan postur badan mereka.

Ia dipakai oleh semua golongan daripada bawahan kepada bangsawan dan lebih menarik bukan hanya wanita, lelaki juga menggunakannya.

Berita berkaitan: Ibu sarat hamil sarung bengkung 24 jam

Author

Pilihan Editor