HomeSukanE-sukanChampions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan

KEJOHANAN dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turkiye diteruskan dengan tiga pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

Ketiga-tiga pasukan itu berjaya menjuarai saingan kumpulan masing-masing selepas memungut dua kemenangan berturut-turut menewaskan pesaing mereka.

Wakil Amerika Selatan, Leviatan tidak berdepan banyak kesukaran dalam kumpulan A yang dikatakan kumpulan maut itu.

Menang 2-0 di perlawanan pertama berdepan Team Liquid, pasukan yang diketuai oleh Francisco “kiNgg” Aravena itu berjaya menumbangkan jaguah Singapura iaitu Paper Rex juga dengan mata 2-0 untuk muncul sebagai juara kumpulan.

Lain pula kisahnya buat pasukan nombor 1 Amerika Utara apabila mereka terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan BOOM Esports 2-1 sebelum sekali lagi bergelut dalam perlawanan penentuan menentang pasukan LOUD.

Tewas 7-13 di peta yang pertama, skuad bimbingan Chet “Chet” Singh itu bangkit dalam dua peta seterusnya untuk membenam cabaran pasukan Brazil itu untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Dalam saingan kumpulan D pula, pasukan DRX mudah menyapu bersih 2-0 menumpaskan FURIA dan 100 Thieves untuk membawa cabaran Korea Selatan ke peringkat playoff yang akan berlangsung 9 September nanti.

Tiga pasukan playoff upper bracket sudah diketahui dengan hanya lima slot sahaja lagi yang tinggal dan teka-teki siapakah yang akan menjadi pasukan VALORANT terbaik dunia bakal diketahui pada 18 September nanti.

Sumber: Sentrum.MY

Author

Pilihan Editor