HomeSukanChelsea pecat Thomas Tuchel

Chelsea pecat Thomas Tuchel

Oleh: FATTAH RAZZAQ

LONDON: Chelsea mengambil langkah drastik apabila akhirnya memecat Thomas Tuchel susulan kekalahan mengejut 1-0 di tangan Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Pemilik baharu, Todd Boehly menyingkirkan jurulatih dari Jerman itu hanya selepas tujuh perlawanan musim ini dan 100 hari sejak mengambil alih The Blues menggantikan Roman Abramovich.

Chelsea berada di tangga keenam dalam Liga Perdana dan berdepan permulaan yang menyedihkan bagi kempen Liga Juara-Juara, dengan Tuchel disingkirkan beberapa jam selepas kekalahan 1-0 mereka di Croatia, perlawanan ke-100 dia sebagai pengurus.

Dalam satu kenyataan, Chelsea berkata, bagi pihak semua orang di Chelsea FC, kelab merakamkan ucapan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas segala usaha mereka sepanjang bersama kelab.

“Thomas sepatutnya menjadi dalam sejarah Chelsea selepas memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada zamannya di sini.

“Namun memandangkan kumpulan pemilikan baharu mencecah 100 hari sejak mengambil alih kelab, dan mahu meneruskan kerja keras untuk membawa kelab ke hadapan, pemilik baharu percaya ia adalah masa yang sesuai untuk melakukan peralihan ini,” tulis kenyataan itu.

Difahamkan bos Brighton, Graham Potter adalah sasaran utama, manakala Mauricio Pochettino yang tidak terikat dengan mana-mana jawatan juga sedang dalam senarai Chelsea.

Author

Pilihan Editor