HomeBeritaGPS ‘tidak goyang’ Baru Bian bertanding di kerusi Parlimen Lawas

GPS ‘tidak goyang’ Baru Bian bertanding di kerusi Parlimen Lawas

Oleh: ARRIAN ZAYNE

SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak ‘goyang’ jika Parti Sarawak Bersatu (PSB) mencalon semula Baru Bian bagi merebut kerusi Parlimen Lawas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Tegas Timbalan Pengerusi GPS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, GPS telah pun siap siapa mengatur strategi menghadapi PRU15 nanti.

“Kita adalah negara demokrasi oleh itu bagi saya siapa sahaja boleh bertanding di kerusi Parlimen Lawas,” katanya menjawab khabar angin bahawa Baru bakal meninggalkan kerusi Parlimen Selangau untuk bertanding di Lawas.

Terdahulu Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak menyerahkan cek pampasan tanah kepada 218 pemilik tanah yang terlibat dalam projek pembinaan Jalan Pasai–Siong Hilir, Projek Baleh–Mapai Overhead Transmission Line dan Tapak Penjara Baru Sibu di Dewan Kompleks Islam Sibu, semalam.

Majlis menyaksikan keseluruhan pampasan bagi tiga projek terlibat berjumlah RM10,392,892.

Daripada jumlah itu, sebanyak 382 cek pampasan berjumlah RM3,571,757.75 diserahkan kepada 258 pemilik tanah terbabit dalam projek pembinaan Jalan Pasai–Siong Hilir.

Sebanyak 52 cek pampasan berjumlah RM925,271.17 pula diserahkan kepada 38 pemilik tanah yang terbabit dalam Projek Baleh–Mapai Overhead Transmission Line.

Manakala, untuk projek Tapak Penjara Baru Sibu pula membabitkan pemberian 28 cek pampasan kepada 22 pemilik tanah yang berjumlah RM5,895.917.05.

Author

Pilihan Editor