HomeHiburanJanna Nick kumpul aset, beli rumah rumah lagi

Janna Nick kumpul aset, beli rumah rumah lagi

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Janna Nick terus mengumpul aset hartanah pada usia muda demi masa depannya apabila dia kini memiliki kediaman kedua.

Menerusi Instagram miliknya, wanita berusia 27 tahun itu memuat naik foto yang berlatarbelakang rumah teres dua tingkat yang baru dibeli.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.

Bagaimanapun, Janna tidak memaklumkan harga banglo yang baru dibelinya itu.

Sebelum itu, pada usia 21 tahun, pelantun lagu ‘Gatal’ itu sudah membeli rumah mewah pertamanya sendiri yang bernilai 1 juta ringgit di Armanee Terrace, Damansara Perdana.

Rumahnya itu yang terletak di Armanee Terrace merupakan kondo duplex yang terletak di kawasan elite. Nilai kondo tersebut adalah sekitar RM1 juta hingga RM1.2 juta.

Author

Pilihan Editor