HomeMV+Keldai akaun enggan tanggung jenayah 'scammer' pinjaman mudah

Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

CHERAS: Hilang pekerjaan dan sumber pendapatan pada 2019 mendorong seorang lelaki terjebak pinjaman mudah dalam talian.

Berita berkaitan: Rakyat digesa terus buat aduan jika terjebak ‘scammer’

Mohd Ezanee Mohd Fauzi, 39, tidak menyangka hidupnya kini dihantui ‘hukuman’ penjara akibat pinjaman mudah yang tidak wujud tiga tahun lalu itu.

“Ketika itu keadaan amat sukar nak pinjam duit dari keluarga juga sukar, saya terpaksa mencari pinjaman mudah di Facebook untuk makan minum anak isteri.

“Saya dapat menghubungi seorang lelaki dari syarikat pinjaman wang berlesen di Ipoh, dan bersetuju untuk meminjamkan RM15,000 menerusi perbualan telefon dan aplikasi Whatsapp.

Berita berkaitan: Rakyat digesa terus buat aduan jika terjebak ‘scammer’

“Namun ia bertukar musibah setelah saya menyerahkan kad ATM CIMB sebagai syarat pinjaman kepadanya yang katanya akan lulus dalam dua minggu. Belum sampai dua minggu saya dihubungi polis mengenai laporan transaksi ke akaun saya membabitkan mangsa scammer,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah pendedahannya, berlaku transaksi kemasukan wang berjumlah RM2,132 membabitkan 24 penama ke dalam akaunnya, dalam tempoh tiga hari bermula 25 hingga 27 November 2019 tanpa pengetahuannya.

Terdahulu, Ezanne memberitahu, beliau hanya berjumpa ‘runner’ (budak penghantar) peminjam berlesen itu di Pearl Central Point, Petaling Jaya, di sini, jam 12 tengah hari, pada 23 November 2019.

Berita berkaitan: Rakyat digesa terus buat aduan jika terjebak ‘scammer’

“Butiran diri seperti salinan kad pengenalan diri, slip penyata gaji dan kad bank diserahkan sebagai syarat pinjaman, di situ ada rakaman CCTV,” katanya.

Sudah lah jatuh, ditimpa tangga lagi, apabila tindakannya menghubungi pihak bank bagi menutup akaun dimaklumkan, ia dibekukan kerana berkait dengan kes penipuan.

Anehnya, dia didakwa bersalah ketika berada di Kuala Lumpur sedangkan kad ATM digunakan oleh scammer untuk mengeluarkan wang berkenaan di Pulau Pinang pada tarikh dan masa sama.

Berita berkaitan: Rakyat digesa terus buat aduan jika terjebak ‘scammer’

Ibarat orang lain makan nangka, orang lain terkena getah, Mohd Ezanee kini berdepan tuduhan mahkamah memiliki harta curi yang boleh dihukum mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Walaupun dinasihatkan Pegawai Penyiasat Polis untuk mengaku salah dan dihukum penjara, Ezanee bertindak bijak apabila enggan mengaku salah dan berjuang.

Dia tidak mahu menanggung kesalahan atas jenayah yang tidak dilakukan yang memberi keuntungan kepada ‘scammer’.

Berita berkaitan: Rakyat digesa terus buat aduan jika terjebak ‘scammer’

Author

Pilihan Editor