HomeSukanKenapa Kylian Mbappe tolak sesi bergambar skuad kebangsaan Perancis?

Kenapa Kylian Mbappe tolak sesi bergambar skuad kebangsaan Perancis?

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

TONGGAK utama Les Bleus, Kylian Mbappe mencetuskan kontroversi apabila tidak hadir dalam sesi bergambar pasukan kebangsaan Perancis menjelang persiapan ke Piala Dunia 2022.

Penolakan bintang PSG itu berpunca daripada ketidaksepakatan berkaitan hak gambar (image right).

Perancis sedang sibuk mempersiapkan pasukan menghadapi dua perlawanan Liga Negara-Negara UEFA yang akan datang dengan mengadakan sesi foto pada Selasa dengan 14 pihak penaja termasuk Uber Eats.

Namun, Mbappe telah menjelaskan bahawa dirinya tidak akan ikut serta pada sesi tersebut sebagai lanjutan daripada perjuangannya melawan ketidakadilan para pemain Perancis.

Terdahulu, dia juga pernah memprotes penaja yang sama pada Mac lalu.

“Mbappe memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi foto yang diadakan setelah penolakan persekutuan untuk mengubah pendirian hak gambar pemain,” kata kenyataan dari wakil pemain itu sendiri.

Penolakan Mbappe itu mewujudkan satu lagi titik kontroversi bagi skuad Perancis menjelang usaha mereka mempertahankan trofi Piala Dunia.

Adik Paul Pogba, Mathias Pogba, telah didakwa dan ditahan atas kesalahan plot pemerasan yang mengheret Mbappe. Manakala, pemain tengah Perancis yang beraksi di Juventus itu masih diragui untuk tampil di Piala Dunia di Qatar kerana belum pulih daripada kecederaan.

Author

Pilihan Editor