HomeSukanMentaliti pemain Arsenal mulai teruji

Mentaliti pemain Arsenal mulai teruji

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

ARSENAL muncul satu-satunya pasukan di Liga Perdana Inggeris musim ini yang masih sempurna dengan rekod kemenangan 100 peratus.

Malahan, The Gunners juga mampu bertindak balas mengubah kedudukan di papan markah jika pihak lawan berjaya menjaringkan gol.

Pada minggu kelima liga, Arsenal menang lagi dengan keputusan 2-1 ketika melayan kunjungan Aston Villa. Gabriel Jesus meledak gol pembukaan di babak pertama.

Aston Villa sempat menyamakan kedudukan menjadi 1-1 di minit ke-74 menerusi Daouglas Luiz. Anak buah Mikel Arteta segera bingkas bangkit mendapatkan gol kemenangan diperlukan oleh Gabriel Martinelli di minit ke-77.

Ini adalah kali ketiga secara berturut-turut Arsenal dapat beraksi dengan pantas terhadap gol lawan. Pertama, semasa Leicester City mendapatkan gol sendiri William Saliba dan kedua ketinggalan kepada Fulham sebelum ‘comeback’ untuk kutipan tiga mata.

“Itulah mentaliti yang kami perlukan sepanjang musim, tetapi juga musim depan, dan di masa depan. Kami perlu melakukan ini dan terus memenangi perlawanan,” kata Martinelli dalam kenyataan kelab rasmi Arsenal.

Menurutnya, perlawanan semakin getir tetapi paling utama adalah bermain baik dan mendapatkan kemenangan.

“Kami berusaha untuk memenangi setiap pertandingan. Kami mengharungi perlawanan demi perlawanan dan itulah mentaliti yang perlu kami ada,” kata pemain asal Brazil itu lagi.

Arsenal menutup lima kempen Liga Perdana sepanjang Ogos 2022 dengan kemenangan 100 peratus. Kelab utara London itu kini kukuh di puncak dengan raihan 15 mata.

Author

Pilihan Editor