HomeMV+BongkarRM90 juta kontrak pembersihan KPM 'ghaib'?

RM90 juta kontrak pembersihan KPM ‘ghaib’?

KUALA LUMPUR: Menjadi tanda tanya ke mana peruntukan bayaran tambahan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melaksanakan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2018 dan PGM 2020 yang berjumlah RM90 juta.

Lagi berita eksklusif: Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

Walaupun sudah empat tahun berlalu, namun KPM masih berdiam ketika tuntutan dikemukakan oleh 500 kontraktor yang terbabit dalam projek Kebersihan Bangunan Kawasan Sekolah (KBK) membabitkan sekolah Menengah dan Kebangsaan.

Pengerusi Gabungan Kontraktor (KBK) Wilayah Utara dan Jawatan Kuasa Gabungan Kontraktor (KBK) 1 Malaysia, Datuk Raazni Abu Zarim berkata, bayaran tambahan yang dijanjikan telah tertangguh selama empat tahun sejak 2018 tanpa khabar berita.

“Apakah Kementerian Pendidikan telah mengkhianati kami, kerja sudah siap tetapi bayaran tidak diterima?

“Sebanyak 500 kontraktor pembersihan berstatus syarikat SME terpaksa melaksanakan PGM 2018 dan 2020 menggunakan wang sendiri untuk membayar kepada pekerja.

“Tanggungjawab ini sepatutnya digalas oleh KPM bukan kami.

“Kami hanyalah kumpulan pelaksana setelah menerima dana dari KPM tetapi perkara sebaliknya berlaku.

“Kami di arahkan menggunakan wang sendiri dengan dijanjikan akan dibayar semula oleh KPM.”

Lagi berita eksklusif: Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

“Pada tahun 2018 dari kadar RM1,000 ke RM1,100. Pada tahun 2020 kadar RM1,100 bagi kawasan Majlis Daerah dikekalkan dan kadar RM1,100 ke RM1,200 bagi kawasan Majlis Perbandaran dan Bandaraya, terkini dari kadar RM1,100 ke RM1,500 bagi semua kawasan seluruh negara.

“Satu kontraktor perlu membayar minimum kenaikan RM115 bagi seorang pekerja. Bayangkan jika ada 50 pekerja bagi dua tahun perkhidmatan sudah mencecah RM140,000,” katanya eksklusif kepada MEDIA VARIASI.

Beliau bersama puluhan kontraktor hadir ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membuat aduan.

Lagi berita eksklusif: Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

Tambah Raazni yang mewakili 500 kontraktor, selama empat tahun kerajaan gagal melunaskan bayaran tambahan yang dijanjikan.

“Keadaan ini menyebabkan kontraktor tidak mampu untuk melaksanakan PGM 2022 yang telah diwartakan dengan kadar gaji RM1,500 kerana sudah kehabisan modal perniagaan serta tidak sanggup lagi ditipu kali kedua oleh pihak kerajaan,” katanya.

“Kelemahan tadbir urus ini telah merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Telah menyusahkan banyak pihak terutama kontraktor SME.

“Kami tidak mempunyai apa-apa keuntungan dalam pelaksanaan PGM kerana dana yang disalurkan hanya melalui akaun kami dan disalurkan terus kepada pekerja.

“Kerajaan Keluarga Malaysia jangan memandang remeh kepada kami kontraktor pembersihan.

Lagi berita eksklusif: Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

“Perkara ini perlu dipandang serius kerana ramai kontraktor sudah hilang arah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika terus berlanjutan dijangka bertambah ramai syarikat Bumiputra yang terpaksa gulung tikar seterusnya memandang negatif terhadap kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Raazni merayu kepada KPM dan Kementerian Kewangan agar segera membuat pelarasan kenaikan gaji dan membayar hutang RM90 juta tanpa perlu banyak karenah birokrasi kerana sudah jelas semua kos pelaksanaan PGM 2018 dan 2020 telah pun dibayar oleh kontraktor kepada pekerja tanpa gagal manakala bagi melaksanakan PGM 2022 pula kos tambahan perlu ditambah secara automatik dalam sistem e-perolehan kerana cara lama jelas gagal.

Saranan ini amat sesuai kerana selari dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini yang mana Kementerian Kewangan perlu segera menyalurkan dana tambahan kepada Kementerian Pendidikan berkaitan kontrak pembersihan.

Jika tidak PGM 2022 dilihat gagal walaupun sudah diwartakan.

Lagi berita eksklusif: Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

Author

Pilihan Editor