HomeBeritaScammer lolos, keldai akaun kena dakwa

Scammer lolos, keldai akaun kena dakwa

KUALA LUMPUR: Timbul persoalan kenapa dalam 98,000 kes scammer online dengan kerugian RM3.3 bilion bagi tempoh 2017 hingga tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak berkuasa, pelakunya tetap bebas.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Telekomunikasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Rozeni Ismail dipetik berkata, lebih 30,000 individu ditahan dan daripada itu lebih 25,000 individu telah dituduh di mahkamah.

Majoritinya adalah pemilik akaun yang diperdayakan scammer untuk aktiviti penipuan online seperti macau scam, belian jualan dalam talian, pinjaman wang tidak wujud dan love scam.

Kita menyaksikan puluhan ribu pemilik akaun didakwa di mahkamah tetapi pelaku sebenar iaitu perancang kepada penipuan M\masih bebas kerana undang-undang negara ini belum ada akta jelas bagi mengheret petualang yang menyalahgunakan talian telco untuk memperdayakan mangsa.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

Mangsa akaun keldai ketika ini dituduh di bawah Kanun Keseksaan, Seksyen- seksyen seperti 410, 411, 412, 420 dan 424 iaitu kesalahan mencuri, sedangkan isu sebenarnya akaun mereka digunakan pihak lain dengan hasil penipuan.

Pegawai penyiasat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Andrian mencadangkan pihak pendakwaan dan polis perlu menilai semula isu ini kerana mangsa keldai akaun ini bukan majoritinya tahu akaun mereka disalahgunakan.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

“Ia sama seperti kartel dadah, yang ditangkap hanya tokan kecil sahaja, pemilik dadah sebenar biasanya lepas.”

“Jadi ‘circle’ ini mustahil akan tamat selagi tiada akta untuk memastikan pelaku tidak terlepas daripada dihukum.

“Sebenarnya, money trail transaksi bank boleh dikesan oleh pihak bank untuk melihat pelaku sebenar, sama seperti 1MDB boleh tahu siapa penerima dan siapa pelaku.

“Saya mencadangkan agar hukuman bersesuaian terhadap mangsa keldai akaun adalah, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 sesuai digunakan dalam kes-kes akaun keldai (denda maksima RM1,000 manakala kerugian mangsa-mangsa tidak terhad),” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

Beliau mengulas pendedahan MEDIA VARIASI sebelum ini mengenai bagaimana seorang individu Mohd Ezanee Mohd Fauzi, 39, hidupnya terbeban apabila dihantui ‘hukuman’ penjara akibat pinjaman mudah yang tidak wujud tiga tahun lalu itu selepas terjebak pinjaman mudah di atas talian.

Anehnya, dia didakwa bersalah ketika berada di Kuala Lumpur sedangkan kad ATM digunakan oleh scammer untuk mengeluarkan wang berkenaan di Pulau Pinang pada tarikh dan masa sama.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

Ibarat orang lain makan nangka, orang lain terkena getah, Mohd Ezanee kini berdepan tuduhan mahkamah memiliki harta curi yang boleh dihukum mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, dia mendakwa dinasihatkan Pegawai Penyiasat Polis untuk mengaku salah dan dihukum penjara, Ezanee bertindak bijak apabila enggan mengaku salah dan berjuang.

Berita berkaitan: Keldai akaun enggan tanggung jenayah ‘scammer’ pinjaman mudah

Author

Pilihan Editor