HomeEkspresiSelangor Xtiv Esports 2022 tawar hadiah sehingga RM24,000

Selangor Xtiv Esports 2022 tawar hadiah sehingga RM24,000

KERAJAAN Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Selangor Xtiv Esports 2022 pada 10 dan 11 September 2022.

Program itu bertempat di ruang legar Ground Floor, lOI City Mall, Putrajaya.

Dua ‘game’ disediakan iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG} dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang menerima seramai 2,000 penyertaan.

Ia terdiri daripada pemain amatur dan belia yang bergiat aktif dalam sukan elektronik dengan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM24,000.

Majlis Perasmian Pembukaan Selangor Xtiv ESports 2022 di IOI City Mall.
Exco Selangor, Mohd Khairuddin Othman hadir pada Majlis Perasmian Pembukaan Selangor Xtiv ESports 2022 di IOI City Mall.
Permainan e-sukan mudah alih sangat mencabar dan penuh daya tarikan.
Peserta kusyuk bermain e-Sports menggunakan telefon pintar.
Remaja merupakan golongan paling ramai menyertai pertandingan e-sukan ini.
Peserta begitu fokus dengan permainan e-sukan pada telefon pintar mereka.
Apa agaknya yang difikirkan oleh peserta ini sehingga memegang kepala ketika bermain permainan mudah alih.
Pengguna set fon telinga yang baik penting untuk membantu pemain e-sukan mendengar persekitaran di dalam permainan mudah alih agar tidak kecundang awal.

Author

Pilihan Editor