HomeBeritaTekan pautan Touch N Go punca RM4,547 lesap

Tekan pautan Touch N Go punca RM4,547 lesap

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dakwa kerugian RM4,547 lesap selepas menekan pautan e-dompet Touch N Go yang diterima menerusi mesej pesanan ringkas.

Akaun e-dompet Touch N Go milik Clinton Khor, 27, sebelum ini telah menghubungkan maklumat kad kredit bank dengan akaun Touch N Go membuka ruang ‘penggodaman’ ini dilakukan.

Terdahulu, dia yang dilaporkan berkata menerima maklumat bahawa ada menerima bantuan khas kewangan oleh kerajaan Barisan Nasional serta memintanya untuk menekan pautan yang diberi bagi membuat tuntutan.

Namun selepas menekannya, dia mendapati terdapat 16 transaksi berjumlah RM4,890 dari kad kreditnya ke Touch N Go miliknya tanpa kebenarannya.

Lebih mengejutkan sebanyak sembilan transaksi melalui DuitNow Touch N Go ke akaun tidak dikenali menyebabkannya rugi RM4,567.

Melihat transaksi itu, dia terus hubungi bank, membatalkan transaksi dan meminta duit berkenaan dikembalikan ke akaunnya.

Dia telah melaporkannya kepada Touch N Go namun laporannya tidak dilayan, yang menyebabkannya membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Dia telah mewujudkan petisyen dalam talian bagi menuntut institusi kewangan membenarkan pelanggan mendapat transaksi semula wang yang tersalah masuk.

Touch N Go sebelum ini sudah mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi, bank, OTP, PIN atau kata laluan.

Author

Pilihan Editor