HomeMV+BongkarIsu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

SEMENYIH: Pewaris tanah kurniaan Sultan di Jalan Yap Kwan Seng, Omar Mohammad Unni, mendakwa beliau dihalang daripada bertemu pihak pemaju tanah berkenaan, Exsim Sdn Bhd sejak tahun 2019 lagi.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Menurutnya, sehingga kini hanya sekali sahaja pertemuan berlaku iaitu pada 17 Oktober 2018, sekadar berjumpa dengan Ketua Komunikasi Korporat dan peguam pemaju berkenaan sahaja.

“Dalam pertemuan itu, peguam pemaju menyatakan saya memiliki asas kukuh untuk menuntut tanah berkenaan dan disarankan perkara ini dibawa ke mahkamah, namun lain pula berlaku ketika dibawa ke institusi kehakiman.

“Selepas itu saya dihalang mengadakan pertemuan dan rundingan dengan pihak pemaju melalui perintah mahkamah bermula 10 Julai 2019.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

“Tidak benar jika ada dakwaan sudah bertemu beberapa kali. Jika ada mungkin pertemuan antara peguam saya dan peguam pemaju sahaja. Saya sendiri tidak dimaklumkan oleh peguam.

“Peguam mewakili saya juga sudah didakwa di mahkamah atas kes pecah amanah yang juga ada kaitannya dengan tuntutan tanah oleh pihak lain dan pihak Exsim. Itu pun saya hanya tahu melalui media sahaja,” katanya kepada MEDIA VARIASI mengulas dakwaan pihak Exsim yang memaklumkan sudah bertemu beberapa kali.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Tegasnya, beliau hanya mahu selesaikan isu ini secara baik kerana masih berpegang surat pengesahan tanah kurniaan daripada Tengku Laksamana.

“Telah dijelaskan dalam surat berkenaan, tanah anugerah tidak boleh dipindah milik. Itu faktanya, apatah lagi dipindahkan kepada sebuah syarikat pemaju.

“Saya juga nak tanya PTG (pejabat Tanah Galian), apa dokumen yang PTG ada untuk mengesahkan proses tukar status tanah anugerah ini?”

“Jika berlaku juga pemindahan hak milik, ia berlaku secara salah oleh pihak sebelum ini. Yang sudah, sudahlah. Kita perbetulkan. Takkanlah kita nak pikul kesalahan orang terdahulu untuk apa?.

“Analoginya beginilah. Seseorang sudah membeli barang secara betul tetapi barang itu sebenarnya barang curi yang dijual kepadanya.

“Adakah kita nak kata dia masih pemilik sah, sedangkan yang dimilikinya adalah barang curi,” katanya.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Terdahulu, Omar memberitahu perintah kehakiman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azimah Omar, pada prosiding ketiga selepas dua kali ditangguhkan.

Katanya sekali gus menafikan bahawa beliau mengadakan beberapa kali pertemuan bersama pihak pemaju, Exsim.

Omar turut mempersoal, sama ada wujud konspirasi pihak tertentu terhadapnya berikutan dihalang bertemu pihak pemaju, tanpa sebab.

“Peguam saya ketika itu langsung tidak berhujah. Peguam pemaju adalah sikit nyatakan tuntutan mereka.

“Selebihnya hanya sesi hakim tidak menerima surat pengesahan dari Tengku Laksamana berkenaan sebagai bukti sokongan yang dikemukakan peguam saya ketika itu,” katanya.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Terdahulu, pihak Exsim mendakwa pihak terbabit sudah menjalankan beberapa kali pertemuan dengan Omar dan peguamnya selepas ditanya MEDIA VARIASI jika diberi peluang untuk berjumpa dengan pewaris tanah berkenaan.

“We have done that numerous times, maybe you are new to him (kami sudah berjumpa beberapa kali, mungkin anda baru bertemu Omar).

“You may refer to his lawyer for better understanding (anda boleh rujuk peguamnya untuk lebih faham).

“We did before, you refer to the lawyer please (Kami sudah bertemu dengan peguam juga, sila anda rujuk dengan peguamnya),” demikian menurut Exsim.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan siri eksklusif berhubung kegiatan ‘toyol’ tanah Lot 189, Jalan Yap Kwan Seng kurniaan Sultan Selangor yang dipindah milik walaupun ada surat perakuan daripada pihak Istana.

Lebih mengejutkan, tiga penama tanah dipindah milik dalam sehari selain dokumen perakuan status tanah di PTG iaitu dokumen AA 1/62 diragui kesahihannya.

Dokumen AA 1/62 adalah kelulusan permohonan yang juga boleh membuktikan status pemilik asal tanah.

Lebih menghairankan, salinan dokumen berkenaan dipulangkan oleh PTG setelah 12 tahun tuntutan oleh pewaris tanah Omar dikemukakan.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Tahun 2004 dan 2005 pula Omar mendakwa PTG menyatakan dokumen berkenaan telah hancur dan menghairankan setelah menerima notis peguam, dalam masa dua minggu sahaja dokumen berkenaan boleh ditemui. Adakah selama ini dokumen berkenaan juga telah disorokkan oleh toyol tanah?

Exsim pula menegaskan tanah berkenaan dibeli secara sah sebelum dibangunkan Residensi Scarletz Suites.

Malah, Mahkamah Tinggi Persekutuan juga telah menganugerahkan hak milik tanah itu kepada anak syarikat Exsim, Suriamas.

Bagaimanapun, ketika pihak MEDIA VARIASI bertanyakan mengenai Sijil Menduduki Sementara (CF) bangunan residensi terbabit, pihak Exsim tidak memberi sebarang komen.

Omar seterusnya melanjutkan isu tuntutan pemilikan asal tanah berkenaan kepada Mahkamah Timbang Tara (MATE).

Tindakan itu dibuat setelah usaha Omar Mohammad Unni untuk mengadakan perbincangan pemaju tanah tersebut tidak dilayan.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Author

Pilihan Editor