HomeHiburanAkhirnya! Neelofa ‘up’ video tayang wajah Bilal

Akhirnya! Neelofa ‘up’ video tayang wajah Bilal

CYBERJAYA: Penantian warga maya untuk menatap wajah Bilal iaitu anak kepada selebriti terkenal, Neelofa, akhirnya tercapai jua.

Perkara itu berikutan Neelofa baru-baru ini, memuat naik sebuah video yang memaparkan wajah anaknya membesar sejak lahir sehingga kini.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik empayar Naelofar Hijab itu turut menitipkan pesanan khusus buat anak sulungnya itu.

“Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah.

“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” tulisnya pada Rabu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji akan kecomelan anak Neelofa dan PU Riz yang berkulit putih dan gebu itu.

Pada masa sama, rakan-rakan artis seperti Mira Filzah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anita Baharom dan ramai lagi turut mendoakan kesejahteraan anak kecil itu.

 

Author

Pilihan Editor