HomeGlobalArab Saudi benarkan wanita tunai umrah, haji tanpa mahram

Arab Saudi benarkan wanita tunai umrah, haji tanpa mahram

JEDDAH: Khabar gembira buat golongan wanita yang mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah, kini anda dibenarkan membuat ibadah berkenaan tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah.

Sementara itu, Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata, wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Menurut Halabi, keputusan berkenaan sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Dalam pada itu, Al-Rabiah turut menyatakan bahawa tiada kuota untuk jumlah visa umrah dikeluarkan kepada umat Islam dari seluruh dunia.

“Mana-mana orang Islam yang datang dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya seperti dilapor Berita Harian pada Rabu.

Author

Pilihan Editor