HomeBeritaPolitikBukan salah 12 menteri PN, UMNO yang mahu PRU awal - Mahathir

Bukan salah 12 menteri PN, UMNO yang mahu PRU awal – Mahathir

CYBERJAYA: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan awal atas kehendak parti UMNO.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sewajarnya menyalahkan tindakan 12 Menteri Kabinet mengutus watikah kepada Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan punca pembubaran Parlimen terjadi.

“Walaupun PM berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” tulisnya di Facebook hari ini.

Selasa lalu, Ismail Sabri menyatakan keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Author

Pilihan Editor