HomeMV+BongkarDilema pelajar cemerlang tanpa MyKad: Jangan tunggu menang PRU baru bertindak -...

Dilema pelajar cemerlang tanpa MyKad: Jangan tunggu menang PRU baru bertindak – Daphne Iking

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan personaliti TV, Daphne Iking menyelar sikap sesetengah pemimpin yang menunggu ada kuasa baharulah hendak selesaikan isu golongan tanpa kerakyatan atau stateless people.

Daphne, 43, berkata, sesetengah pemimpin hanya menggunakan PRU untuk menawarkan pelbagai janji termasuk isu stateless people, kononnya akan memastikan ia dapat diselesaikan jika parti menang.

Anak kelahiran Sabah ini berkata demikian mengulas isu dilema pelajar cemerlang tanpa MyKad didedahkan MEDIA VARIASI pada Selasa lalu yang amat dekat di hatinya.

“Di Sabah, ramai yang lahir di sana dengan ibu atau bapa warganegara tetapi masih dalam kategori tanpa kerakyatan.

“Ada pihak menganggap isu itu remeh, membebankan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada negara.

“Kenapa sesetengah pemimpin politik tidak menggunakan tanggungjawab dan kuasa sebaiknya, sebaliknya hanya tunggu next GE (PRU akan datang), kita akan jalankan tugas memastikan isu ini selesai, bla bla, kenapa tidak lakukan sekarang? Kenapa perlu tunggu next GE?

“Sebenarnya isu ini masih boleh diselesaikan jika pemimpin ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, lihat sahaja adik Rohana walaupun kedua ibu bapa bukan warganegara masih boleh kerakyatan selepas campur tangan kerajaan.

“Isu terbaharu ini, Syarijana pastinya bukanlah sukar memandangkan kedua ibu bapanya ada MyKad dan bapanya warganegara.

“Ada orang fikir, stateless people menyusahkan kita, tetapi mereka lupa bahawa stateless people juga ada potensi dan bakat untuk menjulang nama negara, menyumbang bakti kepada ekonomi malah pembayar cukai yang boleh menjana semula ekonomi negara,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Dalam pada itu, Daphne berkata, kerajaan perlu memperhalusi semula ruang penambahbaikan untuk rakyat yang benar-benar boleh mendapatkan hak kerakyatan.

“Isu ini dekat di hati saya, ramai yang stateless, sepatutnya mereka sudah ada dokumen warganegara tapi ada yang belum dapat, saya pun tak faham kenapa sedangkan mereka dilahirkan di tanah air sendiri.

“Agak menyedihkan juga bila difikirkan, hak bapa warganegara untuk mendaftar kelahiran anaknya di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah seksyen 1(c) Bahagian II Jadual Kedua tidak diberikan kepada ibu warganegara untuk mendaftar kelahiran anak kandungnya, jika bapanya bukan warganegara,” katanya.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga pelajar Sekolah Menengah Dato Onn, Pudu, Syarijana Jamil, 17, berdepan kesukaran mendapat hak di tanah kelahirannya sendiri, apabila hanya dia seorang daripada ahli keluarganya yang tiada MyKad.

Pelajar aliran Sains Tulen itu antara pelajar cemerlang sekolah, nombor 13 daripada 102 pelajar dalam tingkatan, dan Top 5.

Syarijana banyak menyandang jawatan dalam persatuan sekolah, antaranya Naib Pengerusi Kadet Remaja Sekolah dengan pangkat Koperal, pengawas sekolah, Pengerusi Kelab Seni dan Budaya serta Setiausaha Rumah Sukan.

Bagaimanapun, permohonan status kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tiada jawapan sejak dibuat tahun 2018.

Jelas di sini, kelahiran seseorang kanak-kanak di negara ini bukan penentu kewarganegaraan Malaysia kerana pemberian kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi kerajaan dan hak eksklusif tidak ditawarkan serta diberikan sewenang-wenangnya.

Author

Pilihan Editor