HomeBeritaJB dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka

JB dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka

 

JOHOR BAHRU: Hujan lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Johor Bahru.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.

“Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di sini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang dibuka pada 10.30 malam tadi,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD, paras air Sungai Skudai, Kampung Pasir di sini menunjukkan bacaan 0.3 m iaitu paras waspada selain cuaca di Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan hujan, manakala lapan daerah lain mendung hari ini. – BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor