HomeSukanUCL: City tempang tanpa Haaland, diikat Copenhagen 0-0

UCL: City tempang tanpa Haaland, diikat Copenhagen 0-0

MANCHESTER CITY terlepas peluang untuk menempah slot kedudukan pusingan terakhir serta rekod kemenangan 100 peratus terpadam selepas terikat seri 0-0 dalam perlawanan keeempat Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/2023 di Stadium Parken, awal pagi tadi.

City yang bermain tanpa pemain bintang mereka, Erling Haaland yang direhatkan untuk aksi pertemuan bersama Liverpool di Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini gagal menyempurnakan banyak peluang ke pintu gol lawan yang diketuai penyerang muda, Julian Alvarez.

Keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) ternyata banyak mempengaruhi keputusan perlawanan dengan jaringan awal Rodri hasil rembatan roket pada minit ke 11 dibatalkan setelah pengadil mengambil keputusan lama mendapati jaringan itu terkena pada tangan Riyad Mahrez.

Pemain sayap Algeria itu mempertikaikan keputusan pengadil yang menyatakan beliau tidak mampu mengawal rembatan deras itu.

City berjaya mendapatkan penalti pada minit ke 24 setelah pemain Copenhagen, Nicolai Boleisen menampan bola dari hasil tandukan Manuel Akanji.

Riyad Mahrez gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila tendangannya ditepis penjaga gol, Kamil Grabara dengan baik.

Keputusan membabitkan VAR dalam perlawanan terus menjadi tumpuan apabila pemain bek kiri, Sergio Gomez dilayangkan kad merah pada setengah jam kemudian.

Pengadil membuat keputusan untuk mengarahkan Gomez keluar dari padang setelah mendapati Gomez menarik Hakon Haraldsson setelah terperangkap dengan gerakan pemain Copenhagen itu.

Keputusan seri itu membuatkan City terpaksa menunggu untuk melepasi saingan peringkat kumpulan dalam perlawanan ke minggu hadapan menentang pasukan Borussia Dortmund.

Skuad Pep Guardiola menerajui kumpulan G dengan kutipan 10 mata, tangga kedua dihuni Borussia Dortmund dengan tujuh mata sementara Sevilla dan Copenhagen merekod dua mata untuk kedudukan ketiga dan keepat dengan Sevilla memiliki kelebihan jaringan defisit.

Author

Pilihan Editor