HomeBeritaPolitikPBM kekal elak pertembungan dengan BN - Zuraida

PBM kekal elak pertembungan dengan BN – Zuraida

AMPANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengelakkan dari pertembungan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya bagaimanapun masih memikirkan mekanisme yang sesuai mengelakkan pertembungan dengan BN.

“Kita masih meneliti, kerap juga pertemuan dengan pemimpin BN dilakukan.

“Peringkat BN masih lagi meneliti calon-calon yang akan dikemukakan pada 5 November nanti.

“Baru pagi tadi saya jumpa Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbincang kerjasama dua hala,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat PBM, di sini.

Zuraida pada Majlis Penyerahan Pelitup Muka kepada Zuraida anjuran Setiausaha Agung PBM dan Sinar Daily di Pusat Khidmat Parlimen Ampang.

Zuraida menyerahkan sebahagian daripada 50,000 keping pelitup muka kepada ahli yang hadir dan selebihnya untuk diedarkan kepada penduduk di Parlimen Ampang khususnya di tempat berkeperluan seperti hospital dan klinik, sekolah serta lapangan terbang.

Justeru, beliau mengharapkan dengan agihan itu, sebagai pembuka jalan untuk jentera parti bekerja dan bertemu pengundi.

Dalam pada itu, Zuraida mengesahkan akan bertanding di Parlimen Ampang, mempertahankan kerusi yang sudah 15 tahun beliau menyumbang bakti.

“Setakat ini, PBM mengekalkan calon tradisi di lima Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua ada penyandang, calon yang menang, kita semua tempatkan calon yang menang,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor