HomeBeritaPolitikPH khianati pasukan keselamatan, bawa pulang abu mayat komunis - Bekas polis...

PH khianati pasukan keselamatan, bawa pulang abu mayat komunis – Bekas polis hutan

BERA: “Saya telah melihat bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengkhianati kami dengan membawa abu mayat komunis Ching Peng ke Tanah Melayu,” kata bekas Pasukan Polis Hutan, Sarjan Mejar Nordin Mat Desa.

Beliau yang menyertai pasukan itu pada 8 Jun 1969 begitu kecewa apabila kerajaan PH yang diharapkan mampu menaikan ekonomi dan menghapuskan rasuah tetapi mereka telah mengkhianati pasukan keselamatan.

Nordin, 72, berkata, PH membuat pelbagai perkara yang tidak mempedulikan pengorbanan polis, tentera yang mempertahankan Tanah Melayu ini.

“Saya memerhatikan di mana dahulunya komunis sangat susah hendak merampas negara ini dengan cara peperangan tetapi sekarang sudah agak mudah idealogi mereka mempengaruhi anak muda.

“Mereka mendabik dada dengan dakyah mereka terbaik jaga negara tetapi mereka secara halus telah merampas negara ini secara tidak sedar.

“Lihat sahaja bagaimana mereka mengedarkan buku ideologi komunis di sekolah-sekolah dan membebaskan LTTE ketika mereka memerintah.

“Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas juga telah mendedahkan bagaimana mereka campur tangan badan kehakiman ketika era mereka, itulah yang saya maksudkan mereka telah mentadbir negara ini ala komunis,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau turut mengharapkan sekiranya kerajaan BN dapat memerintah pastikan pengorbanan pasukan keselamatan dihargai dan sentiasa berwaspada dengan DAP kerana merekalah punca perpecahan ini berlaku.

“Ingatlah sejarah Tanah Melayu masa zaman Kesultanan Melayu Melaka orang Melayu hidup dengan aman dan harmoni.

“Apabila datang saja penjajah bangsa Melayu telah mula berpecah sehingga hari ini.

“Kehadiran saya dari Kuala Kangsar Perak untuk memberi semangat kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk memastikan negara kita ditadbir seperti dahulu dan memastikan rakyat kita terbela,” katanya.

Beliau turut berasa sedih sekiranya anak muda masih mempercayai DAP dan tidak melihat sejarah pengorbanan pasukan keselamatan yang mempertahankan negara ini daripada dirampas oleh komunis.

“Saya juga menasihati anak-anak saya bahawa kembali kepada fitrah asal bangsa Melayu yang sentiasa kuat menjaga agama dan budaya yang menjadi ketakutan kepada penjajah,” katanya.

Author

Pilihan Editor