HomeBeritaPolitikPRU15: Gerakan ketengahkan 80 peratus calon muka baharu

PRU15: Gerakan ketengahkan 80 peratus calon muka baharu

IPOH: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan mengetengahkan 80 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Perkara tersebut diumumkan Presiden Nasional Gerakan, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat di Ipoh Perak hari ini.

Dominic berkata, 80 peratus muka baharu yang akan diketengahkan itu adalah termasuk calon-calon yang mempunyai pengalaman.

“PRU kali ini amat penting bagi Gerakan untuk terus bergerak kehadapan bersama-sama dalam perjuangan Perikatan Nasional(PN) membentuk kerajaan,” katanya.

Tambahnya, Gerakan juga menyasarkan untuk bertanding lebih daripada tiga kerusi Parlimen.

“Malah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah selesai perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pusat Gerakan hanya tunggu daripada Majlis Tertinggi PN.

“Mengenai kerusi tradisi iaitu Parlimen Taiping dan Teluk Intan bukanlah menjadi perkara utama pada PRU15 kali ini. Tetapi yang penting bagi Gerakan adalah kemenangan PN dalam PRU15,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan yang dijadualkan berlangsung pada November ini ditangguhkan dan tarikh barunya akan diumumkan pada masa akan datang.

Menurut Dominic, penangguhan tersebut adalah kerana mereka ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertandingkan Gerakan dalam PRU15.

Author

Pilihan Editor