HomeBeritaPolitikPRU15 mungkin pilihan raya terakhir saya - Muhyiddin

PRU15 mungkin pilihan raya terakhir saya – Muhyiddin

 

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan menjadi pentas terakhir buat beliau untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mengesahkan bakal bertanding di Pagoh bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

“Saya cakap itu maknanya pilihan raya ini mungkin yang terakhir buat saya. Tidak mengapalah.

“Saya juga nak bagi tahu rakan-rakan saya supaya berikanlah peluang kepada orang muda-muda.

“Hampir 50 tahun saya terlibat dalam politik nasional dan telahpun memegang pelbagai jawatan. Maka saya merasakan ia sudah cukuplah. Kasi chance pada orang lain,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ramah mesra bersama masyarakat Cina di Bukit Kepong, Johor.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan PN khususnya parti Bersatu, masih mempunyai pelapis muda yang berkaliber serta mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebaik pengunduran dirinya itu.

Author

Pilihan Editor