HomeBeritaViralPRU15: #UndiBanjir sohor di Twitter

PRU15: #UndiBanjir sohor di Twitter

CYBERJAYA: Rata-rata pengguna media sosial dilihat kecewa dengan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkuat kuasa semalam bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pengguna Twitter mengwujudkan hashtag #UndiBanjir.

Tanda pagar itu telah sohor sejak pengumuman dibuat Ismail Sabri sejak petang semalam dan berdasarkan tinjauan MEDIA VARIASI sejumlah 15,000 ciapan menggunakan tanda pagar itu.

Ciapan itu hadir melalui pengumuman PM untuk membubarkan Parlimen setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong memberi lalu PRU15 menghadirkan kebimbangan orang ramai proses demokrasi itu diadakan pada musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada pertengahan bulan November.

“Terdapat lima kawasan yang kini dilanda banjir kilat. Rakyat sepatutnya menghukum kerajaan yang tidak bertolak ansur dengan situasi rakyat yang meminta PRU15 diadakan pada waktu getir ini,” kata pengguna media sosial bernama @luqmanmh.

“Sekiranya belanja melanda Sungai Perak pada PRU15, saya akan berenang ke Sepang untuk mengundi. Kerajaan yang membuat pilihan raya ketika musim banjir adalah kerajaan yang mementingkan diri,” ciap @penasuria.

“Daripada #UndiRabu (PRU14) ke #UndiBanjir. Semoga rakyat terus kuat,” ujar @BatrisyiaLeny.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Baginda tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri  untuk membubarkan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri sekaligus memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Author

Pilihan Editor