HomeBeritaPolitikPRU15: Vennex Jasmin tawar diri jadi calon Parlimen Ranau

PRU15: Vennex Jasmin tawar diri jadi calon Parlimen Ranau

CYBERJAYA: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau, Vennex Jasmin menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Pengumuman tawaran itu dibuat Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Parlimen 179 pada semalam.

Vennex bagaimanapun berkata, perkara ini akan bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Mesyuarat tersebut turut mengemukakan usul agar kepimpinan tertinggi parti memberi ruang kepada orang muda di kalangan pemimpin bahagian Ranau agar diketengahkan sebagai calon bagi kawasan Parlimen Ranau PRU15 yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ketua Pemuda Bahagian Ranau memohon kepada pihak pimpinan atasan supaya kerusi Parlimen Ranau dapat diberi kepada UMNO.

“Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau mengumumkan berniat untuk menawarkan diri bertanding bagi mewakili parti UMNO selaku calon untuk anak muda di Ranau pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong memberi laluan pelaksanaan PRU15.

Pengumuman yang dibuat semalam sekaligus memulangkan mandat kepada rakyat setelah negara berdepan ketidaktentuan politik yang menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dan Perdana Menteri pada pasca PRU14.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Ranau pada PRU14 lalu dimenangi Jonathan Yasin daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 14,880 undian ketika menentang Ewon Ebin daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 13,804 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,076.

Author

Pilihan Editor