HomeHiburanSabyan, Seventeen ‘Live in Malaysia’ Sabtu ini, tiket serendah RM98!

Sabyan, Seventeen ‘Live in Malaysia’ Sabtu ini, tiket serendah RM98!

 

CYBERJAYA: Buat peminat lagu Indonesia, berita baik buat anda kerana kumpulan muzik Sabyan dan Seventeen bakal beraksi di Malaysia pada Sabtu ini.

Konsert anjuran RR Brothers Studio yang menggabungkan dua kumpulan di bawah satu payung itu akan berlangsung di Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut vokalis Sabyan, Nissa, pihaknya amat bersyukur kerana dapat kembali beraksi di Malaysia setelah pandemik melanda.

“Kami amat berbesar hati dan teruja kerana dapat kembali menyapa penggemar Sabyan di Malaysia selepas pandemik yang membuat seluruh dunia seperti ‘membeku’.

“Sabyan juga tidak sabar untuk mendendangkan untaian kami termasuk yang terkini berjudul Tiara. Jangan lupa tunggu kehadiran dan persembahan julung kali Sabyan bersama Seventeen,” ujar Nissa.

Manakala vokalis Seventeen, Irfan pula mengakui bahawa kolaborasi bersama Sabyan di atas satu pentas merupakan sesuatu yang menarik.

“Kami di Seventeen juga amat berbesar hati dengan kolaborasi ini. Pertama kali dilamar untuk Konsert Sabyan & Seventeen dan ia juga bersempena pasca Sambutan Maulidurasul, kami melihat tiada sebab untuk menolak.

“Seventeen akan memberikan persembahan terbaik bersesuaian konsep yang dibawakan oleh pihak penganjur. Tunggu kami ya,” ucapnya.

Justeru, bagi anda yang berminat untuk menghadiri konsert berkenaan boleh membuat pembelian tiket bermula jam 12 tengah hari ini secara dalam talian di www.myticketasia atau hubungi talian +603 8605 0195.

Harga tiket ialah RM98 untuk Zone B (level 4), RM338 untuk Zone A (level 3), RM298 (free standing), RM398 (fan zone (standing), RM498 (VIP zone (standing) dan Star Zone (seated) bernilai RM799 kerana disertakan bersama beberapa barangan istimewa dari konsert ini.

Author

Pilihan Editor