HomeBeritaPolitikUMNO mahu kerusi Parlimen Ranau

UMNO mahu kerusi Parlimen Ranau

CYBERJAYA: Pemuda UMNO Ranau berharap kerusi Parlimen kawasan itu diberikan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pemuda UMNO Ranau, Vennex Jasmin berkata, sudah tiba masanya kerusi tersebut diberikan kepada UMNO yang sebelum ini ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang menjadi parti komponen gabungan Barisan Nasional.

“Sudah tiba masanya kerusi Parlimen Ranau diberikan kepada UMNO dan BN. Ini adalah kehendak akar umbi. Memandangkan UPKO sudah keluar daripada BN, jadi kepimpinan tertinggi perlu mempertimbangkan serah kerusi ini kepada UMNO,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI hari ini.

Jelas Vennex, BN bahagian Ranau sudah menyerahkan senarai sebanyak kepada pucuk kepimpinan tertinggi bagi mewakili parti itu di kerusi Parlimen Ranau pada PRU15 nanti.

“Kita sudah menghantar senarai calon kepada kepimpinan tertinggi. Ada dua calon, salah seorangnya adalah saya sebagai Ketua Pemuda.

“Saya berharap kepimpinan kita akan meletakkan calon orang muda bagi mewakili suara anak muda untuk menyelesaikan masalah mereka,” ujarnya.

Terdahulu, MEDIA VARIASI melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau, Vennex Jasmin menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Ranau mewakili parti Barisan Nasional pada PRU15 akan datang.

Author

Pilihan Editor