HomeSukanLiverpool vs Man City: Van Dijk akui sukar untuk kekang Haaland

Liverpool vs Man City: Van Dijk akui sukar untuk kekang Haaland

BINTANG pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk akui cabaran terbesar yang bakal dihadapi pasukannya adalah untuk berhadapan dengan penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland pada aksi Liga Perdana Inggeris 2022/2023 membabitkan dua pasukan, Ahad ini.

Liverpool yang berada pada prestasi tidak konsisten pada masa kini telah bolos 12 gol dalam sembilan perlawanan justeru barisan pertahanan skuad Jurgen Klopp sudah semestinya perlu bekerja keras bagi mengekang Haaland.

Aksi memukau Manchester City kini telah merekodkan jaringan sebanyak 33 gol dalam sembilan perlawanan serta 15 gol daripadanya telah dijaringkan oleh Haaland.

Kata Van Dijck, prestasi Haaland pada masa kini boleh mendatangkan mimpi ngeri buat pasukannya menjelang pertemuan blockbuster antara kedua pasukan hujung minggu ini.

“Haaland kini berada pada tahap prestasi yang sangat memberangsakngkan, jelas satu cabaran besar buat kami. Anda tidak boleh mempersoalkan tentang keupayaannya.

“Selepas aksi Perisai Komuniti Liverpool bertemu Manchester City pada Ogos lalu, banyak pengkritik meragui kemampuannya, tetapi saya masih ingat bahawa saya mengatakan: Pemain ini akan membawa mimpi buruk buat para pemain pertahanan di EPL, tunggu dan lihat.

“Dengan prestasi ya yang tidak berhenti menjaringkan gol, cukup untuk dia membuktikannya, dia menunjukkan satu tahap konsisten dan apabila beliau bermain di pasukan seperti Manchester City, peluang pasti akan terhidang untuknya menjaringkan gol,” katanya menerusi temu bual bersama portal Goal.

Liverpool kini mendapat tonik terbaik untuk menentang City setelah berpesta gol 7-1 ketika menentang Rangers dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu dengan hatrik dijaringkan oleh bintang dari Mesir, Mohamed Salah.

Author

Pilihan Editor