HomeBeritaPolitikBN belum sertai mana-mana gabungan

BN belum sertai mana-mana gabungan

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN belum menyertai mana-mana gabungan parti setakat ini.

Presiden UMNO itu berkata dalam sidang media di Hotel Seri Pasific pada Isnin pagi, ini kerana tiada rundingan rasmi dengan mana-mana pihak yang mahu membentuk kerajaan.

Berita selanjutnya menyusul.

Terdahulu dalam sidang media sama, Ahmad Zahid mengingatkan Ahli-Ahli Parlimen BN WAJIB mengikuti ‘Standing Order’ parti kerana mereka bertanding di atas tiket BN.

Zahid menghadiri sidang media itu bersama-sama dengan 26 daripada 30 Ahli Parlimen BN yang menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata Zahid, mana-mana akuan bersumpah Ahli Parlimen BN yang bercanggah ‘Standing Order’ parti adalah tidak sah.

Tegasnya, mana-mana gabungan yang mendakwa BN bersama dengan mereka adalah tidak benar.

Tambahnya, BN akan meminta lanjutan masa daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum menghantar akuan bersumpah berkenaan sokongan terhadap mana-mana pihak, setelah Dewan Tertinggi BN bermesyuarat dan mencapai ketetapan.

Author

Pilihan Editor