HomeBeritaPolitikAhli Parlimen BN bertemu pemimpin PH di hotel ibu negara

Ahli Parlimen BN bertemu pemimpin PH di hotel ibu negara

KUALA LUMPUR: Seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir dalam satu perjumpaan bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel ibu negara, pada pagi Isnin.

Spekulasi bertiup kencang kedua-dua parti berkenaan akan menetapkan keputusan akhir untuk pembentukan kerajaan baharu menjelang waktu akhir mengikut titah Yang di-Pertuan Agong agar semua ketua parti dan gabungan politik menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai jumlah kerusi banyak diminta untuk memaklumkan persetujuan penggabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada waktu pukul 2 petang ini.

Pada ketika ini, Parlimen berada dalam situasi tergantung buat kali pertama dalam sejarah politik dan pilihan raya negara berikutan tiada gabungan parti dapat membentuk kerajaan dengan jumlah 112 kerusi angka majoriti mudah seperti yang diperlukan.

Pada PRU15, SPR mengumumkan PH memenangi 73 kerusi manakala BN pula hanya mencatatkan kemenangan 30 kerusi, prestasi terburuk dalam sejarah parti itu.

Author

Pilihan Editor