HomeBeritaPolitikDah tak percaya pada Zahid Hamidi, Noh Omar letak jawatan

Dah tak percaya pada Zahid Hamidi, Noh Omar letak jawatan

 

CYBERJAYA: Selepas Onn Hafiz, Shahril Hamdan, kini bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar pula mendesak Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk letak jawatan.

Noh ketika ditemui media hari ini turut mengumumkan peletakan jawatannya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kerana hilang kepercayaan terhadap Zahid Hamidi.

“Saya dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kerana bukan sahaja presiden tidak percaya pada saya.

“Saya pun dah hilang kepercayaan kepada presiden.

“Saya pun tadi minta kalau presiden berjiwa besar, dia patut letak jawatanlah sebagaimana dulu Datuk Seri Najib, BN kalah. Dia letak jawatan,” katanya hari ini.

Jelasnya, peluang harus diberikan kepada orang baharu untuk mengelolakan pimpinan parti itu.

Untuk rekod, UMNO kini dilihat sedang bergelut dengan suara akar umbi yang rata-ratanya mahu Zahid meletak jawatan atas kekalahan BN yang hanya meraih 30 kerusi pada PRU15.

Author

Pilihan Editor