HomeBeritaViralDisney nafi akan buka Disneyland di Melaka

Disney nafi akan buka Disneyland di Melaka

CYBERJAYA: Berita perkhabaran bahawa Disneyland akan dibuka di Jasin, Melaka kini dilaporkan sebagai tidak benar.

Perkara itu berikutan seorang wartawan CNN di Asia Tenggara, Heather Chen, telah mendapatkan respons daripada pihak Disney berhubung pembinaan tersebut.

Menurutnya, pihak Disney mengesahkan kepadanya bahawa tiada perancangan yang menyatakan Disneyland akan dibangunkan di Melaka.

Heather telah memadam tweet asal dan memuat naik tweet baru kerana pihak Disney meminta dia memadamkan pengesahan tersebut akan tetapi, dia menegaskan segala yang disebut dalam tweet yang dipadam itu adalah tepat.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyatakan sebuah Taman Tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.

Memetik laporan Melaka kini, pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.

Malah, pihak Jailani juga telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

Bagaimanapun, pementeraian itu tidak dihadiri oleh wakil Disney sekali gus menjadikan ia sebagai khabar angin dan spekulasi semata-mata.

Author

Pilihan Editor