HomeBeritaPolitikIsham Jalil dilantik Ketua Penerangan UMNO serta-merta

Isham Jalil dilantik Ketua Penerangan UMNO serta-merta

 

CYBERJAYA: UMNO kini melantik Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Isham Jalil sebagai ketua penerangan parti susulan peletakan jawatan Shahril Hamdan.Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

“Saya ingin sahkan menurut Fasal 9.6 Perlembagaan Umno, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah melantik Isham Jalil sebagai ketua penerangan Umno berkuat kuasa hari ini berikutan peletakan jawatan Shahril Hamdan,” tulisnya.

Terdahulu, Shahril Hamdan mengumumkan peletakan jawatan sebagai tanda akur dengan keputusan rakyat apabila BN hanya meraih 30 daripada 220 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malahan, Shahril berserta beberapa ahli UMNO yang lain seperti Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Tan Sri Noh Omar turut mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan atas kekalahan BN tersebut.

Author

Pilihan Editor