HomeBeritaPolitikJangan ada legasi LGE dalam kerajaan BN-PH - Lokman Adam

Jangan ada legasi LGE dalam kerajaan BN-PH – Lokman Adam

KUALA LUMPUR: Parti UMNO komponen terbesar Barisan Nasional (BN) perlu menjadi pengimbang dalam menentukan hala tuju pembentukan kerajaan campuran agar tidak memberi implikasi kepada negara.

Dacing sebagai logo parti memberi maksud di mana keseimbangan dengan tidak mengenepikan suara rakyat, suara akar umbi, suara parti yang dipilih untuk kongsi kuasa.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, belajar dari sejarah, gabungan dengan Pakatan Harapan (PH) janganlah ada wajah sensitif rakyat seperti Lim Guan Eng atau legasinya.

“Jika hendak gabung dengan PH letaklah syarat pertama, UMNO BN jadi pengimbang kerajaan dan keduanya, sebagai ‘check and balance’ boleh beri kritikan bukan ‘yes man’.

“Saya yakin UMNO BN sebagai sebuah parti besar boleh jinakkan kawan-kawan DAP.

“Wajah yang boleh gantikan legasi Lim Guan Eng yang masih ada kes mahkamah adalah Anthony Loke yang lebih terbuka dan tidak rasis supaya menghormati perkara 153,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, ketika ini UMNO BN tiada pilihan perlu gabungan dengan PH sebab jika bersama Perikatan Nasional (PN), sudah ada rekod khianat dan tidak tunai janji.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin janji macam-macam tetapi lepas beri sokongan kepada PN dahulu, kerusi Timbalan Menteri pun tak diberi kepada UMNO BN, jawatan penting semua diberi kepada Bersatu dan PAS sahaja sehingga UMNO BN tiada kuasa untuk bersuara dalam Kabinet.

“Beliau juga ada rekod pengkhianat tikam belakang, jadi secara peribadi saya tidak izinkan parti saya bersekongkol dengan PN, PAS juga jangan cakap seolah-olah dia bersih, ada rekod dia pun beri rasuah.

“Bukan kita tak tahu kita tahu itu sebab PN pukul bersih pastikan kemenangan calon-calonnya,” katanya.

Author

Pilihan Editor