HomeBeritaPolitikKhairy beri bayangan PerantiSiswa percuma diteruskan jika BN berkuasa

Khairy beri bayangan PerantiSiswa percuma diteruskan jika BN berkuasa

SUNGAI BULOH: Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dicadang untuk diperluaskan kepada kepada pelajar di Insititut Pengajian Tinggi (IPT) sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi pengalaman ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) lalu, kerajaan menyedari alat peranti kini sudah menjadi satu keperluan dan bukannya satu kemahuan kepada pelajar alaf baharu.

“PerantiSiswa ketika pelaksanaan PKP, saya masih Ahli Parlimen Rembau. Pada ketika itu, benda yang diperlukan adalah peranti, iaitu wakil pelajar dan siswazah. Walaupun dah kita kini keluar dari PKP, tetapi kerajaan dapati ianya adalah keperluan bukannya luxury item (barangan mewah), banyak kerja kursus pelajar universiti ini dibuat melalui  atas talian. Jadi peranti ini adalah keperluan semua orang.

“Bila kita buat survey (kajian) di kalangan pelajar T20 and M40 sudah memiliki peranti ini. Jadi kita buat keputusan untuk buat beri kepada semua pelajar dalam fakulti. Saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri, sekiranya kita membentuk kerajaan, kita pastikan pemberian peranti percuma ini kekal kita akan beri semua pelajar setiap tahun.

“Semua mesyuarat seperti webinar online (atas talian) pakai peranti. Saya kesian kepada pelajar-pelajar yang terpaksa meminjam handphone (telefon bimbit) ibu bapa dengan size skrin kecil. Jadi kalau kita nak bercita-cita nak jadi negara yang membawa liputan rangkaian 5G, kita kena sediakan peranti ini. Kalau kita jadi kerajaan, kita akan beri kepada semua mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Khairy juga memaklumkan akan menyediakan sebuah manifesto yang akan memberi keutamaan kepada pelajar perubatan di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh sekiranya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15 nanti.

“Sudah pasti dalam manifesto yang saya akan lancarkan nanti, soal graduan UITM ini akan diambil kira. Di UITM Sungai Buloh ini ada Fakulti Perubatan, Klinik Pergigian ini juga berkait secara langsung, jawatan saya sebagai Menteri Kesihatan, jadi inila sesuatu yang saya akan umumkan dalam manifesto nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tersebut.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh setelah kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya sejak tahun 2008 diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Author

Pilihan Editor