HomeBeritaPolitikNilai rekod calon, rekod parti mentadbir - Chee Leong

Nilai rekod calon, rekod parti mentadbir – Chee Leong

KUALA LUMPUR: Pengundi dinasihatkan menilai dan menyemak rekod calon, rekod parti mentadbir.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong menasihatkan pengundi untuk tidak salah memilih calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Sila keluar mengundi. Undilah seseorang yang boleh membawa pembangunan kepada Kampar.

“Semak rekod mereka dan bandingkan dengan pembangkang.

“BN sudah terbukti mampu mentadbir dengan baik, rakyat sudah menilai bagaimana teruknya Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mentadbir, jadi cukuplah,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau nemberi bayangan PRU15 mungkin merupakan percubaan terakhir beliau untuk mendapat mandat rakyat selepas kekalahan berturut-turut pada PRU13 dan PRU14.

Lee yang memenangi kerusi parlimen berkenaan pada 2008 berkata sekiranya dipilih, beliau akan memenuhi impiannya untuk membina sebuah hospital di Kampar bagi manfaat pengundi.

Lee yang memenangi kerusi parlimen berkenaan pada 2008 berkata, sekiranya dipilih beliau akan memenuhi impiannya untuk membina sebuah hospital di Kampar bagi manfaat pengundi.

“Sebagai wakil rakyat, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya akan berkhidmat untuk lima tahun lagi. Sekiranya saya tidak dipilih maka setakat itu sahaja. Apa saya boleh buat?” katanya.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Kampar dimenangi Thomas Su Keong Siong daripada DAP dengan majoriti 11,801 undi menewaskan Lee dan calon PAS, M. Yougan.

Sementara itu, Lee turut meningkatkan jejak digital dengan kempen menerusi media sosial sebagai usaha memikat pengundi muda terutama pengundi kali pertama.

Kampar mempunyai seramai 89,894 pengundi berbanding 69,436 pengundi pada PRU14.

Author

Pilihan Editor