HomeBeritaPolitikPAS tak sertai Kerajaan Perpaduan, kekal sebagai pembangkang - Takiyuddin

PAS tak sertai Kerajaan Perpaduan, kekal sebagai pembangkang – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan pada hari ini bahawa parti itu tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata dalam satu kenyataan, keputusan untuk kekal sebagai pihak pembangkang itu adalah bagi menghormati kepercayaan dan mandat pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti beberapa pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH dan DAP, demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat yang khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan PN dalam PRU15.

“Justeru, PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” katanya.

Author

Pilihan Editor