HomeSukanPendedahan di liga kompetitf FAM, tarikan MOTA Akademi Klang bangunkan bakat bola...

Pendedahan di liga kompetitf FAM, tarikan MOTA Akademi Klang bangunkan bakat bola sepak

CYBERJAYA: Perancangan pembangunan bakat bola sepak dengan penyertaan kejohanan kompetitif bertaraf peringkat kebangsaan menjadikan MOTA Akademi Klang menjadi modul terbaik membentuk pemain berkualiti di masa hadapan.

Pengasas MOTA Akademi Klang, Izuwan Hayat berkata, penyertaan dalam pertandingan kompetitif di bawah program Liga SupaRimau yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mencuri perhatian ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka ke MOTA Akademi Klang bagi sebagai proses menggilap bakat pemain muda.

“Selain kepada pembelajaran latihan asas dalam bola sepak, pelatih kami akan dibawa untuk menyertai kejohanan kompetitif seperti Liga SupaRimau. Inilah mentaliti yang kami terapkan kepada pelatih, untuk mengembangkan bakat mereka, perlunya didedahkan dengan persekitaran kompetitif.

“Kelebihan bermain di Liga SupaRimau ini adalah kerana standard untuk bermain di bawah pertandingan kompetitif yang dikelolakan oleh FAM. Kejohanan ini berlandaskan pembangunan akar umbi dan pembangunan bakat muda.

“Ini adalah tarikan di MOTA Akademi Klang yang membuatkan ibu bapa percaya dengan modul kami untuk melatih anak-anak mereka. Penyertaan kami dalam Liga SupaRimau ini bukan sahaja mendedahkan pelatih untuk bersaing dalam persekitaran kompetitif malah menyeronokkan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Kata Izwan, sejak akademi ditubuhkan, keahlian telah meningkat yang membawa perkembangan positif pembangunan akar umbi yang dibawa MOTA Klang berada di landasan yang tepat.

“Walaupun usia MOTA Klang baru memasuki hampir tiga bulan, terdapat kenaikan pendaftaran jumlah pemain di akademi kami dari 22 orang kini sudah memasuki 30 pemain. Ini menunjukkan ibu bapa yakin MOTA Akademi Klang merupakan platform terbaik untuk menggilap bakat anak-anak mereka dalam sukan bola sepak,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor